IMPAK 2024 : Latihan Asas Percuma untuk Pengasuh – Semak cara mohon disini!

IMPAK 2024 : Latihan Asas Percuma untuk Pengasuh di rumah yang mengasuh anak asuhan tidak lebih dari 3 orang : Semak cara mohon disini! Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

IMPAK

PENGENALAN ILTIZAM PENJAGAAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (IMPAK) SELANGOR 2024

 

Iltizam Penjagaan & Pendidikan Awal Kanak-kanak Negeri Selangor merupakan program di bawah Iltizam Selangor Penyayang dan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang menyediakan latihan/kursus asas percuma dalam bidang asuhan kepada semua pengasuh wanita yang menjaga tidak lebih 3 orang anak asuhan di rumah.

 

Di samping itu, program ini juga berharap dapat mengumpul senarai data pengasuh yang masih aktif di dalam negeri Selangor.

 

KRITERIA KELAYAKAN IMPAK

 

Kaum wanita yang memenuhi kriteria berikut boleh menyertai program (IMPAK):

 

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas; DAN
  • Kini menetap di Selangor; DAN
  • Menyediakan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di rumah DAN
  • Tidak pernah menghadiri mana-mana kursus pengasuhan yang dikendalikan oleh JKM atau mana-mana agensi awam mahupun swasta; DAN
  • Merupakan seorang pengundi di negeri Selangor.

 

MAKLUMAT PENTING:

 

  • Pemohon juga perlu bersetuju bahawa maklumat peribadi mereka seperti nama, nombor telefon dan tempat pengasuhan/bakal tempat mengasuh dipaparkan di laman web i-Asuh**.

 

  • Tempat pengasuhan tertakluk kepada kawasan Negeri Selangor sahaja.

 

  • Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang bersetuju dengan semua syarat yang dinyatakan di atas sahaja.

 

;**Program i-Asuh merupakan platform atau sistem carian data bagi memudahkan ibu bapa yang ingin mencari pengasuh di kawasan mereka

 

CARA PERMOHONAN IMPAK

 

Setelah anda dapat memastikan bahawa anda layak untuk memohon, berikut adalah cara-cara untuk memohon:

 

  1. Pendaftaran boleh dilakukan secara talian melalui laman sesawang impak.yawas.com.my
  2. Pastikan anda isi semua maklumat dengan lengkap dan tepat.
  3. Jumlah peserta bagi setiap siri kursus adalah terhad kepada 50 orang sahaja.
  4. Pemohon yang berjaya dimasukkan ke senaraipendek untuk mengikuti kursus akan dihubungi oleh pegawai dalam tempoh satu (1) minggu sebelum kursus bermula.
  5. Setiap permohonan yang berjaya hanya layak untuk hadir satu (1) kursus sahaja. Sekiranya pemohon tidak hadir kursus atau gagal menghadiri sepenuh masa program yang disediakan sepanjang kursus, maka pemohon tersebut tidak layak untuk menerima manfaat di bawah program IMPAK ini.

 

Dokumen sokongan yang diperlukan untuk memohon:

 

  • Salinan MyKad/Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Semakan Daftar Pengundi (SPR)

 

FAEDAH YANG AKAN DITERIMA OLEH PESERTA LATIHAN

 

  1. Menerima sijil penyertaan selepas mengikuti latihan.
  2. Nama akan dimasukkan dalam sistem carian pengasuh dalam aplikasi IMPAK (sistem yang diwujudkan untuk memudahkan ibu bapa mencari pengasuh).
  3. Berpeluang menerima Geran berjumlah RM 2,000. (Tertakluk kepada 200 peserta yang mendapat markah penilaian tertinggi antara jumlah peserta yang menghadiri kursus).

 

MAKLUMAT PENTING:

 

  1. Faedah ini hanya diberikan kepada peserta yang berjaya menghadiri program dari awal hingga akhir program sahaja
  1. Peserta yang gagal menghadiri program yang telah ditetapkan tidak akan mendapat faedah daripada program IMPAK ini malah tidak berpeluang untuk menghadiri program seterusnya.

IMPAK

 

MAKLUMAT LATIHAN

 

  1. Peserta hendaklah menghadiri kursus mengikut tempat, masa dan tarikh yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
  1. Sekiranya peserta tidak dapat hadir pada tarikh kursus yang ditetapkan, perlu memaklumkan kepada pihak YAWAS dalam tempoh 3 hari sebelum kursus dijalankan.
  1. Semua peserta WAJIB hadir dan terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang program.
  1. Kursus akan dijalankan selama 2 hari seperti berikut:
  • Sabtu : 8 pagi – 10.30 malam
  • Ahad : 9 pagi – 4.30 petang
  1. Satu group whatsapp akan diwujudkan bagi memudahkan penyampaian maklumat berkaitan program.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk mendapatkan kepastian atau maklumat dengan lebih jelas, boleh hubungi melalui info di bawah

 

Yayasan Warisan Anak Selangor

Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor, 

Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, 

Persiaran Kayangan, 

40000 Shah Alam, 

Selangor.

 

Telefon : +03 5481 8800

E-mel : pendaftaran.impak@gmail.com

 

RUJUKAN PENTING

 

 

BANTUAN LAIN YAND ANDA BOLEH MOHON

 

Leave a Comment