Iltizam Selangor Sihat 2024 : Bantuan Kesihatan B40 sehingga RM10,000 – Semak kelayakan dan Cara Mohon disini!

Iltizam Selangor Sihat 2024 : Bantuan Kesihatan B40 sehingga RM10,000 – Semak kelayakan disini! Kerajaan Negeri Selangor amat mengambil berat tentang kesihatan rakyat Selangor. Oleh itu, pada tahun 2022, satu inisiatif Kerajaan Negeri Selangor mula menambah baik Program Skim Insurans Kesihatan kepada Program Kesihatan Iltizam Selangor. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan atau berita semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

ILTIZAM SELANGOR SIHAT

 

BANTUAN PEDULI SIHAT ILTIZAM SELANGOR SIHAT 2024

 

Kerajaan Negeri Selangor amat mengambil berat tentang kesihatan rakyat Selangor. Oleh itu, pada tahun 2022, inisiatif Kerajaan Negeri Selangor telah memulakan penambahbaikan Program Skim Insurans Peduli Sihat kepada Program Iltizam Selangor Sihat.

 

Kebimbangan ini disampaikan melalui sumber Program Iltizam Selangor Sihat. Program itu secara khusus menyasarkan rakyat Selangor khususnya pemohon berpendapatan rendah (B40) dan keluarga berjumlah 100,000 orang dari segi perkhidmatan rawatan dan perlindungan asas.

 

Program Iltizam Selangor Sihat ini meliputi perkhidmatan rawatan asas di klinik berdaftar, termasuk vaksinasi terpilih, dan perkhidmatan perlindungan tambahan yang disediakan untuk ahli aktif/waris.

 

JENIS BANTUAN YANG DISEDIAKAN ILTIZAM SELANGOR SIHAT 2024

 

  • MANFAAT ASAS

 

  • Rawatan Asas & Vaksinasi
    *Rawatan asas ini termasuk rawatan gigi di klinik gigi panel Iltizam Selangor Sihat (ISS)– RM500/setahun(Kategori Keluarga)
    – RM250/setahun(Kategori individu)

 

  • MANFAAT HOSPITALISASI

 

  • Manfaat hospitalisasi 

 

       – Had sebanyak 10,000 sahaja (Pemohon utama sahaja)
       – Perlindungan serta merta
       – Had Umur : 80 tahun ke bawah
       Perlu mendapatkan dokumen pra-rawatan dan surat rujukan dari :

    • (i) Klinik Selcare / The KL Clinic
    • (ii) Telemedicine Selcare menerusi aplikasi Selangkah
    • (iii) Klinik Kesihatan / Hospital Kerajaan

        – Rawatan bagi kes kecemasan di Hospital Kerajaan sahaja
        – Kemasukan wad (hospitalisasi) di hospital panel Selcare
        – Terma dan syarat bagi pengecualian standard hospitalisasi adalah terpakai (kes-kes tidak ditanggung)

 

  • MANFAAT TAMBAHAN PERLINDUNGAN UNTUK PEMOHON UTAMA

 

  • Kematian Semulajadi : RM5,000 sekali tuntutan sahaja

 

  • Penyakit Kritikal : RM5,000 sekali tuntutan sahaja (tidak meliputi penyakit sedia ada)

        *Tertakluk pada terma dan syarat

 

 

  • MANFAAT TAMBAHAN PERLINDUNGAN UNTUK KELUARGA BERDAFTAR

 

  • Penyakit Kritikal : RM5,000 sekali tuntutan sahaja (tidak meliputi penyakit sedia ada)

         *Tertakluk pada terma dan syarat

 

  • MANFAAT LAIN-LAIN
    • Had Tahunan Plan Kategori Keluarga : RM 500/Setahun
    • Had Tahunan Plan Individu : RM 250/Setahun
    • Had Gunaan Setiap Kali Rawatan : RM 70/Rawatan
    • Had Gunaan Suntikan Vaksinasi :- Pneumococcal : Had harga RM180
      – Meningococcal : Had harga RM180
      – Typhoid : RM80
      – Influenza : RM80
      – Hepatitis B : RM80

 

 

KRITERIA KELAYAKAN ILTIZAM SELANGOR SIHAT

 

Iltizam Selangor Sihat terbuka kepada semua yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan bagi kategori keluarga dan individu berikut: 

 

 

PERKARA   

  

PERINCIAN

Pemohon Utama Permohonan Lengkap Dihantar di Pejabat ADUN/Penyelaras ADUN

(Borang permohonan boleh dimuatnaik di laman sesawang https://www.iltizamselangorsihat.com/img/membership_registration_forms.pdf)

Permohonan Kategori Keluarga Plan Keluarga: Pemohon Utama Pendapatan isi rumah RM 3,000.00 dan mempunyai keluarga dan tanggungan berusia 21 tahun(pelajar) ke bawah.

* Pemohon adalah pemilih/pengundi dan bermastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun.

Permohonan Kategori Individu Plan Individu: Pemohon Utama Pendapatan RM 2,000.00 kebawah/Pemegang Kad OKU/Warga Emas (Umur 65 ke atas)

* Pemohon adalah pemilih/pengundi dan bermastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun.

Dokumen Diperlukan – Borang Permohonan Iltizam Selangor Sihat

– Salinan Slip gaji / pencen terkini / EA / KWSP/ Akuan Pendapatan

– Salinan K/P pemohon dan tanggungan(bagi permohonan kategori keluarga)

– Salinan kad OKU (Jika ada)

– Salinan SPR semakan Pemohon Utama

 

CARA UNTUK MEMOHON

 

 

 

 

  • Setelah lengkap borang, boleh hantar permohonan lengkap ke Pejabat ADUN/ Pejabat Penyelaras ADUN berdekatan. (*Tertakluk pada terma dan syarat)

 

 

 

 

TUNTUTAN MANFAAT TAMBAHAN

 

Untuk Manfaat Tambahan(Tertakluk pada terma dan syarat) seperti Kematian semulajadi, Penyakit kritikal bagi Pemohon Utama dan Keluarga Berdaftar disediakan borang dan senarai semak dokumen bagi pemohon yang memerlukan. Pemohon boleh muat turun borang mengikut manfaat yang ingin dimohon.

 

  Bil    

Manfaat Jumlah (RM) Perlindungan Ahli Aktif Borang & Senarai Semak Dokumen

1

Kematian Semulajadi 5,000 Pemohon Utama

Download

2

Penyakit Kritikal 5,000 Pemohon Utama

Download

3 Penyakit Kritikal 2,000 Keluarga Berdaftar (Plan Family)

Download

 

Nota Penting :

  • Permohonan Tuntutan Manfaat Tambahan adalah tertakluk pada terma & syarat
  • Pemohon/waris yang layak memohon tuntutan adalah bagi kes-kes ahli aktif yang berlaku pada tahun 2024 sahaja.
  • Dokumen-dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ ADUN/ Penghulu/ Pesuruhjaya Sumpah.
  • Bagi menyemak status keahlian pemohon utama/keluarga berdaftar, sila rujuk link tersebut: https://www.iltizamselangorsihat.com/kelayakan.html atau hubungi talian khidmat pelanggan kami 1-800-22-6600
  • Pihak Selcare berhak menolak atau membatalkan permohonan tuntutan sekiranya permohonan yang dikemukakan dokumen tidak lengkap atau tidak mematuhi terma dan syarat permohonan.
  • PENTING: Sila email Permohonan Manfaat Tuntutan Tersebut (Dokumen lengkap) kepada iss@selcare.com
    Subject Email: PERMOHONAN TUNTUTAN MANFAAT ILTIZAM SELANGOR SIHAT (NAMA PEMOHON/NRIC PEMOHON)

 

KLINIK PANEL ILTIZAM SELANGOR SIHAT

 

Untuk menyemak klinik panel yang berdekatan, boleh semak di pautan berikut : https://secure.iltizamselangorsihat.com/site/provider-locator

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai bantuan Iltizam Selangor Sihat, boleh terus hubungi mereka di talian 24 jam 1-800-22-6600 atau emel ke info@selcare.com. Mereka juga ada menyediakan info berguna yang sering ditanya oleh pemohon di Soalan Lazim, anda boleh rujuk melalui pertanyaan untuk ketahui lebih lanjut.

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

Leave a Comment