BUDI Madani – Tarikh Bayaran Bantuan Subsidi RM200 Sebulan

BUDI Madani – Semakan / Permohonan Subsidi Diesel Individu 2024

​Dalam usaha memastikan kebajikan rakyat Malaysia terus terpelihara, Kerajaan memperkenalkan BUDI MADANI sebagai platform penyasaran semula subsidi bai rakyat yang memerlukan.

Subsidi ini merangkumi kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu dalam mengawal harga barangan, manakala individu terpilih akan diberikan bantuan tunai bagi menyeimbangkan perbelanjaan kos sara hidup.

Berikut dikongsikan maklumat lengkap tentang program ini dan cara daftar online.

Kategori Penerima BUDI Madani

Pengenalan BUDI Madani

BUDI MADANI merupakan salah satu inisiatif Kerajaan MADANI dalam memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan selayaknya.

Menerusi Belanjawan 2024 yang diumumkan, Kerajaan komited untuk menyasarkan subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti jenayah penyeludupan dan ketirisan wang subsidi rakyat.

Terdapat 3 kategori penerima iaitu:

  • MySubsidi Diesel
  • BUDI Agri-Komoditi
  • BUDI Individu

Tiga Kategori Penerima BUDI Madani

Penerima yang layak dalam kategori BUDI Individu dan BUDI Agro-Komoditi akan dikreditkan sebanyak RM200 sebulan seiring pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Tarikh Bayaran BUDI MADANI Ogos – September 2024

Mesti timbul soalan bila pembayaran BUDI MADANI?

Bagi penerima sedia ada, pemohon baru dan rayuan telah lulus pada bulan Ogos, anda akan menerima bantuan tunai ini mulai 9 September 2024.

Masih belum memohon bantuan tunai BUDI MADANI?

Layari segera https://budimadani.gov.my, semak kelayakan dan daftar segera!

Tarikh Bayaran BUDI Madani Ogos September 2024

BUDI Individu

BUDI Individu adalah bantuan tunai Kerajaan selaras dengan pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel. Kategori ini dikhususkan bagi individu daripada golongan bukan T20 yang memiliki kenderaan diesel hanya di Semenanjung Malaysia.

Permohonan BUDI Individu telah dibuka sepanjang tahun mulai 28 Mei 2024.

Syarat Permohonan BUDI Madani (Individu)

Syarat kelayakan untuk memohon BUDI Individu adalah seperti berikut:

  • Pemohon
    • Warganegara Malaysia;
    • Pendapatan tahunan individu/ pasangan RM100 ribu dan ke bawah berdasarkan data LHDN; dan
    • Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI
  • Kriteria Pemilikan Kenderaan
    • Kenderaan persendirian (diesel) individu;
    • Lesen Kenderaan Motor (Roadtax) aktif;
    • Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
    • Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
  • Kriteria Tambahan Tidak Layak BUDI Individu
    • Motosikal diesel;
    • Kenderaan diesel persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan; Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
    • Kenderaan berdaftar dengan e-hailing; atau
    • Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.

BUDI Madani - Kategori BUDI Individu

Kriteria Tidak Layak BUDI Individu

Cara Daftar Online BUDI Madani

Permohonan BUDI Madani boleh dibuat secara atas talian pada portal rasmi BUDI Individu dengan kaedah berikut:

  1. Mendaftar akaun pengguna
  2. Klik pada Mohon Di Sini bagi BUDI Individu
  3. Masukkan maklumat pemohon seperti berikut:
    • No. Mykad
    • No. Telefon Bimbit Nama Bank
    • No. Akaun Bank
    • Alamat e-mel
    • Maklumat Kenderaan Diesel seperti berikut:
      • Nombor Pendaftaran Kenderaan
      • Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan)
      • Jenama / Model Kenderaan
      • Kelas Kegunaan Kenderaan

Semakan Kelayakan / Permohonan

Status kelayakan BUDI Individu akan dimaklumkan selepas pemohon selesai mendaftar online di portal rasmi BUDI MADANI di https://budimadani.gov.my.

Sekiranya tidak lulus tetapi pemohon memenuhi syarat kelayakan BUDI Individu, rayuan boleh dikemukakan atau menghubungi pusat panggilan. Rayuan telah dibuka pada awal Jun 2024.

Pemohon boleh menyemak status permohonan dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan terkini memaklumkan, penerima akan disalurkan bantuan tunai pertama berjumlah RM200 pada 10 Jun 2024 melalui akaun bank penerima.

Manakala penerima tanpa akaun bank boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.

Jumlah / Kaedah Pembayaran

Penerima yang lulus dan layak bakal dikreditkan sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun yang telah berdaftar dalam sistem BUDI MADANI atau secara tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sekiranya tiada akaun bank.

Maklumat lanjut berkenaan tarikh pembayaran boleh diperolehi dengan menekan butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon.

Lihat paparan di bawah untuk melihat contoh permohonan LULUS.

Paparan Lulus BUDI Madani

Untuk makluman, penerima tanpa akaun bank boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.

Tarikh Bayaran (Ogos 2024)

Bagi permohonan baharu dan rayuan yang telah diluluskan pada bulan Julai, anda akan menerima bantuan tunai mulai 7 Ogos 2024.

Masih belum memohon bantuan tunai BUDI MADANI?

Layari segera budimadani.gov.my untuk semak kelayakan dan memohon!

Rujuk kenyataan media terkini Kementerian Kewangan (MOF) dalam paparan di bawah:

Maklumat Lanjut & Soalan Lazim BUDI Individu

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lampiran Soalan Lazim (FAQ) di bawah:

Pertanyaan boleh dipanjangkan ke Pusat Panggilan Bantuan Khas Kerajaan (BKK) HASiL atau Talian BUDI MOF bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada Isnin hingga Jumaat di talian berikut:

  • Talian BUDI Individu (BKK HASiL): 1-800-88-2747
  • Talian BUDI Individu (MOF): 03-8882 4565 atau 03-8882 4566.
  • Alamat e-mel : budimadani@treasury.gov.my

5 thoughts on “BUDI Madani – Tarikh Bayaran Bantuan Subsidi RM200 Sebulan”

Leave a Comment

×