BSPT : Bantuan Tunai RM500 untuk Pesakit Terlantar – Cara Mohon disini!

BSPT : Bantuan Tunai RM500 untuk Pesakit Terlantar – Cara Mohon disini! Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT) merupakan satu inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah bagi membantu pesakit kronik yang terlantar. Ketahui lebih lanjut mengenai berita bantuan kerajaan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan

 

BANTUAN TUNAI

PENGENALAN BANTUAN TUNAI RM500 UNTUK PESAKIT TERLANTAR BSPT

 

Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT) merupakan satu inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah bagi membantu pesakit kronik yang terlantar. Tujuan BSPT ini ditubuhkan adalah untuk meringankan beban keluarga dan penjaga. Bantuan ini juga dapat menggalakkan keluarga atau penjaga untuk terus menjaga ahli keluarga mereka yang sakit atau terlantar dan menggalakkan oku atau pesakit kronik untuk terus tinggal bersama keluarga iaitu penjaga. Bantuan ini juga sedikit sebanyak dapat membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga.

 

KADAR BANTUAN BSPT 

 

Kerajaan Negeri Kedah menyediakan bantuan kewangan berjumlah RM500.00 secara sekaligus kepada:

 

  1. Setiap Pesakit Kronik; 
  2. Penjaga kepada Pesakit Kronik; 
  3. Pesakit Kronik Terlantar; atau 
  4. Pesakit Kronik OKU Terlantar.

 

KRITERIA KELAYAKAN BSPT

 

Bagi mendapatkan bantuan dan memastikan mereka yang betul-betul LAYAK sahaja untuk menerima bantuan ini, beberapa kriteria kelayakan perlu dipatuhi seperti:

 

  1. Merupakan warganegara Malaysia dan haruslah bermastautin di negeri Kedah;
  2. Merupakan pesakit kronik atau pesakit yang terlantar oleh kerana sakit yang berkekalan, tidak dapat diubati atau dipulihkan sehingga hilang mata pencarian; atau
  3. Pesakit terlantar yang boleh diubati atau dipulihkan yang memerlukan rawatan susulan namun menjejaskan mata pencarian; atau
  4. Menghidap penyakit kronik yang memerlukan penjagaan atau pengawasan yang berterusan.

 

CARA UNTUK MEMOHON

 

Pemohon yang ingin mendapatkan bantuan tunai RM500 ini, boleh dapatkan borang permohonan melalui pihak yang berikut:

 

  • Semua Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah – Klik sini untuk direktori
  • Semua Pejabat Penghulu Mukim – Klik sini untuk lihat Senarai Penghulu Mukim
  • Semua Pusat Khidmat Wakil Rakyat / Penyelaras DUN – Klik sini untuk senarai penuh Pusat Khidmat Wakil Rakyat / Penyelaras DUN

 

Pastikan pemohon bawa bersama dokumen sokongan yang dinyatakan di bawah ini semasa mendapatkan borang permohonan, lengkapkan borang tersebut dan sertakan bersama dokumen sokongan kepada pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Pejabat Penghulu Mukim/Pusat Khidmat Wakil Rakyat/Penyelaras DUN.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

 

Berikut adalah dokumen penting atau sokongan yang diperlukan untuk mereka semak kelayakan pemohon, antaranya:

 

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
  2. Salinan Kad Pengenalan Pesakit (sekiranya pemohon adalah penjaga);
  3. Salinan Kad OKU / Slip Pendaftaran Sementara OKU (jika perlu);
  4. Laporan Perubatan / Memo Pegawai Perubatan daripada Hospital / Klinik Kesihatan Kerajaan;
  5. Salinan Bil Utiliti seperti bil air/elektrik;
  6. Penyata Akaun Bank terkini yang mash aktif; DAN
  7. Gambar berwarna pemohon/pesakit (sekiranya pemohon adalah penjaga).

 

Setelah mengisi borang, pemohon perlu menyerahkannya bersama dokumen yang diperlukan.

 

SENARAI PENYAKIT KRONIK

 

Berikut adalah senarai penyakit kronik dan huraian penyakit boleh rujuk gambar  yang dilampirkan dibawah senarai ini.

 

  1. Kanser
  2. Serangan Jantung
  3. Pulmonary Hypertension
  4. Sakit Buah Pinggang Yang Kronik
  5. Sakit Hati (Liver) Yang Kronik
  6. Fulminant Viral Hepatitis
  7. Kecederaan Di Kepala Disebabkan Kemalangan
  8. Tumor Dan Kecacatan Pembuluh Darah Di Otak
  9. Melepuh Dan Melecur Kerana Kebakaran
  10. Pemindahan Organ Utama
  11. Penyakit Parkinson
  12. Penyakit HIV Dan AIDS
  13. Pemindahan Kaki Dan/Atau Tangan
  14. Semua Jenis Penyakit Selain Daripada Yang Disenaraikan Di Atas Tetapi Disenaraikan/Disahkan Sebagai Penyakit Kronik Oleh Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) / Doktor Perubatan Hospital/Klinik Kerajaan.
  15. Seperti Yang Diperakui Oleh Jawatankuasa BSPT

 

BANTUAN TUNAI

BANTUAN TUNAI

MAKLUMAT LANJUT

 

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT) boleh hubungi pejabat kebajikan masyarakat daerah atau pusat khidmat wakil rakyat berhampiran seperti yang telah dikongsi di pautan di atas.

 

RUJUKAN PENTING

 

 

Baca juga : EPOKU : Bantuan Tunai RM 450 sebulan – Mohon sekarang jika layak!

6 thoughts on “BSPT : Bantuan Tunai RM500 untuk Pesakit Terlantar – Cara Mohon disini!”

  1. When I initially commented I clicked the “Notify me when new comments are added” checkbox and now each time a comment is added I get several emails with the same comment. Is there any way you can remove me from that service? Thanks!

    Reply
  2. Hi, Neat post. There’s an issue with your web site in web explorer, could test this?K IE nonetheless is the marketplace leader and a huge part of other people will omit your magnificent writing because of this problem.

    Reply
  3. ProNerve 6 nerve relief formula stands out due to its advanced formula combining natural ingredients that have been specifically put together for the exceptional health advantages it offers.

    Reply
  4. My coder is trying to persuade me to move to .net from PHP. I have always disliked the idea because of the costs. But he’s tryiong none the less. I’ve been using Movable-type on various websites for about a year and am nervous about switching to another platform. I have heard great things about blogengine.net. Is there a way I can transfer all my wordpress posts into it? Any kind of help would be greatly appreciated!

    Reply
  5. I like the valuable info you provide in your articles. I will bookmark your weblog and check again here frequently. I am quite sure I’ll learn lots of new stuff right here! Best of luck for the next!

    Reply

Leave a Comment