Bantuan Tunai RM500 untuk pelajar mendaftar ke IPT : Cara Mohon disini!

Bantuan Tunai RM500 untuk pelajar mendaftar ke IPT : Cara Mohon disini! Permohonan Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor akan ditutup tidak lama lagi, mohon cepat! Ketahui lebih lanjut mengenai berita bantuan kerajaan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

IPT

PENGENALAN SKIM BANTUAN PENDAFTARAN IPT YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ)

 

Bantuan ini terbuka kepada pelajar kelahiran Johor yang hendak atau sedang melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Inisiatif ini ditawarkan bagi meringankan beban kewangan pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

 

TARIKH PERMOHONAN

 

Untuk makluman pelajar, Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor ini telah pun dibuka sejak 19 Mei 2024 dan dikhabarkan akan ditutup pada 30 Jun 2024 khusus untuk pelajar SIJIL, DIPLOMA DAN IJAZAH SEPENUH MASA SAHAJA dan terbuka kepada pelajar IPTA, Kolej YPJ & Kolej Komuniti SAHAJA.

 

KADAR BANTUAN SBP 

 

Kadar pemberian SBP bermula tahun 2024 diseragamkan bagi semua peringkat iaitu RM500 seorang.

 

KRITERIA KELAYAKAN SBP

 

Berikut adalah syarat-syarat WAJIB yang ditetapkan oleh YPJ untuk pelajar layak terima bantuan:

 

  • Pemohon lahir ATAU bermastautin di Negeri Johor;
  • Permohonan dibuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda di IPTA, Kolej Yayasan Pendidikan Johor & Kolej Komuniti yang telah ditawarkan pengajian dari Januari 2024 – Disember 2024;
  • Tempoh kursus yang diikuti adalah sekurang-kurangnya 1 tahun atau lebih;
  • Pemohon TIDAK menerima sebarang bantuan pendaftaran daripada agensi lain;
  • Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran SEKALI sahaja mengikut tahap pengajian tertentu;
  • TIADA had pendapatan Ibu Bapa / Penjaga;
  • Pemohon WAJIB mengisi Borang Sokongan SBP (Muat Turun Borang) dan mendapatkan tandatangan dan cop pengesahan di kawasan DUN masing-masing;
  • Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat dan kelulusan Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor.

 

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

 

Bagi pelajar yang ingin memohon bantuan Skim Bantuan Pendaftaran, mereka hendaklah:

 

  • Muat turun Borang Sokongan SBP.
  • Memastikan Borang Sokongan SBP ada (Cop Pengesahan & Tandatangan oleh Pusat Khidmat DUN) masing-masing.
  • Pergi ke laman portal Pemohonan SBP 2024 di pautan berikut : https://bantuan-ypj.com
  • Klik Daftar, pastikan mengisi segala maklumat yang diperlukan.
  • Muat naik dokumen-dokumen sokongan permohonan.(Dokumen-dokumen sokongan permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Professional Gred 41 & Ke Atas / Pegawai Kategori A / Penghulu  / Ketua Kampung dan yang setaraf dengannya.)
  • Selesai

 

DOKUMEN WAJIB UNTUK MOHON

 

Pastikan pemohon sediakan dokumen tersebut dan sertakan bersama borang permohonan untuk membuat permohonan. Tanpa dokumen-dokumen ini, permohonan TIDAK akan diterima.

 

  1. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  2. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
  4. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA, Kolej Yayasan Pelajaran Johor & Kolej Komuniti
  5. Salinan Akaun Bank Pelajar (Nombor akaun bank)
  6. Borang Sokongan SBP (Cop Pengesahan & Tandatangan oleh Pusat Khidmat DUN) masing-masing

Nota Penting : Pengesahan lampiran dokumen-dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Profesional Gred 41 & Ke Atas / Pegawai Kategori A / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK dan yang setaraf dengannya

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Sebarang pertanyaan atau ingin tahu maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Pendaftaran IPT Yayasan Pelajaran Johor, boleh terus layari laman rasmi Yayasan Pelajaran Johor di pautan berikut :

 

http://portal.ypj.gov.my/institusi-pengajian-tinggi/

ATAU

Hubungi di talian Bantuan Pendidikan: 013-7217 355 / 013-7290 355 ATAU emel ke info@ypj.gov.my

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

6 thoughts on “Bantuan Tunai RM500 untuk pelajar mendaftar ke IPT : Cara Mohon disini!”

  1. Having read this I thought it was very informative. I appreciate you taking the time and effort to put this article together. I once again find myself spending way to much time both reading and commenting. But so what, it was still worth it!

    Reply
  2. After research a few of the weblog posts in your website now, and I really like your manner of blogging. I bookmarked it to my bookmark web site record and will probably be checking back soon. Pls try my website online as effectively and let me know what you think.

    Reply
  3. Just wish to say your article is as amazing. The clarity to your publish is simply great and i could think you’re a professional on this subject. Fine with your permission allow me to seize your RSS feed to stay updated with approaching post. Thank you a million and please keep up the enjoyable work.

    Reply
  4. I’ve been exploring for a little for any high quality articles or blog posts on this sort of area . Exploring in Yahoo I at last stumbled upon this website. Reading this info So i am happy to convey that I’ve a very good uncanny feeling I discovered just what I needed. I most certainly will make sure to do not forget this site and give it a look regularly.

    Reply

Leave a Comment