Bantuan Tunai RM3,600 Untuk Keluarga B40 Yang Layak. Berikut Ialah Cara Mohon & Senarai Penerima

Mereka yang berasal dari kalangan keluarga B40 dan pendapatan isi keluarga RM3000 dan ke bawah sangat ramai di Malaysia. Golongan ini semestinya mendapat perhatian kerajaan untuk dibantu.

Mungkin ramai yang terlepas pandang beberapa bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Di dalam artikel ini, pihak kami akan berkongsi dan menerangkan mengenai bantuan tersebut.

Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan kewangan yang telah diperkenalkan:

Bantuan Tunai RM3,600 Setahun

Bagi membantu meringankan beban pelajar di Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan memperkenalkan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti atau BKPKK.

Ia menawarkan kadar bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan untuk dua semester pengajian dengan jumlah keseluruhan RM3,600 (RM1,800 satu semester).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  • Menandatangani 2 salinan perjanjian (tanpa penjamin);
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Cara Memohon Bantuan

Untuk mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan BKPKK boleh dilaksanakan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing.

Akan tetapi, pelajar yang layak menerima bantuan kewangan ini sepanjang setahun/dua semester pengajian hendaklah mendapat CGPA minimum 2.0 bagi melayakkan diri untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua.

Sekiranya pelajar tersebut tidak mencapai CGPA minima 2.0 pada semester pertama, makanya pembiayaan bantuan kewangan akan diberhentikan serta merta kepada pelajar.

Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh dirujuk di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – DI SINI.

1 thought on “Bantuan Tunai RM3,600 Untuk Keluarga B40 Yang Layak. Berikut Ialah Cara Mohon & Senarai Penerima”

Leave a Comment