Bantuan Tunai RM300 sebulan untuk Veteran ATM : Cara Mohon disini

Bantuan Tunai RM300 sebulan untuk Veteran ATM iaitu bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia dan sebagainya : Cara Mohon disini. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

Veteran ATM

PENGENALAN BANTUAN TUNAI RM300 SEBULAN UNTUK VETERAN ATM

 

Bantuan Sara Hidup (BSH) merupakan bantuan kewangan bulanan yang diberikan kepada Veteran ATM yang bertujuan meringankan beban kehidupan seharian.

 

Setiap permohonan yang diluluskan akan sah selama tiga (3) tahun dari bulan pertama pembayaran pertama dibuat. Permohonan akan dinilai semula dalam tempoh tiga (3) tahun bagi memastikan sama ada penerima ATM Veteran atau BSH masih layak meneruskan pembayaran atau sebaliknya.

 

Veteran ATM boleh mengemukakan permohonan untuk melanjutkan pembayaran BSH sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum tamat tempoh tiga (3) tahun.

Veteran ATM

KADAR BANTUAN

 

Penerima yang layak akan dikreditkan wang atau diberikan tunai sebanyak RM 300 sebulan.

 

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN TUNAI RM300 SEBULAN 

 

  • Veteran ATM* :

 

  • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia

 

  • Bekas Tentera British berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Renjer di Sarawak

 

  • Bekas anggota Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang ditempatkan sepenuh masa

 

* Tanpa mengira tempoh perkhidmatan.

 

  • Had umur yang layak mendapat pertimbangan BSH ialah 60 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

 

  • Tidak dibuang kerja di bawah kes tatatertib.

 

  • Balu yang berkahwin semula tidak layak.

 

  • Anak-anak yatim mestilah berumur kurang daripada 18 tahun dan bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika hilang upaya kekal, tiada syarat had umur.

 

  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan untuk penganugerahan BSH.

 

CARA UNTUK MOHON

 

  • Permohonan boleh dilakukan dengan memuat turun borang berikut dan lengkapkan: Muat Turun Borang
  • Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon atau warisnya. Semua maklumat dan butiran yang diberikan mestilah tepat, betul dan benar. Pemohon bertanggungjawab ke atas semua maklumat yang diberikan.
  • Semua permohonan hendaklah dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri tempat tinggal veteran.
  • Permohonan anda akan disemak untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan tersebut akan dipertimbangkan untuk diluluskan oleh Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat dan Kemudahan Perubatan (JKKP).

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM

Bangunan Medan Tuanku

301 Medan Tuanku,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50802 Kuala Lumpur,
Malaysia.

 

Telefon: 03-2050 8000
Pusat Panggilan: 03-2697 6600
Faks: 03-2691 7546

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

Leave a Comment