Bantuan Tunai Bulanan RM100-RM350 : Semak Kelayakan dan Mohon disini

Ketahui cara dapatkan Bantuan Tunai RM100-RM350 setiap bulan. Semak kelayakan anda dan mohon jika layak!

 

BANTUAN TUNAI RM100-RM350 SEBULAN

 

Bantuan Am Persekutuan ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Belanjawan 2024 kepada individu/keluarga yang kurang berkemampuan dan miskin demi kelangsungan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat.

KADAR BAYARAN BULANAN

 

Minimum RM100 seorang sebulan, maksimum RM350 setiap keluarga

 

SYARAT KELAYAKAN

 

  • Warganegara dan menetap di Wilayah Persekutuan.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
      i) Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)purata miskin isi rumah                    
          semasa; atau
      ii) Purata bilangan miskin PGK Perkapita semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak termasuk di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.

 

CARA MOHON BANTUAN

 

Bagi individu atau keluarga yang memenuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh menghantar permohonan Bantuan Am Persekutuan anda dengan mengikuti cara berikut.

 

  • Layari laman sesawang ini https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/bantuan-am
  • Klik pada butang “Mohon Di Sini” untuk muat turun borang permohonan atau boleh dapatkan borang permohonan anda di sini yang akan kamu sertakan di bawah.
  • Lengkapkan segala butiran di dalam borang permohonan tersebut
  • Hantarkan borang permohonan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat / Negeri / Daerah / Jajahan

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Bantuan Am Persekutuan

NOTA PENTING : Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri sendiri. Syarat- syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak sama di seluruh negeri, dan had bantuan juga berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dibuat ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang berhampiran.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT 

Aras 6, 9-18

No 55, Persiaran Perdana,

Presint 4,

62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000

Faks : 03 – 8323 2045

Emel : pro_jkm@jkm.gov.my

 

BORANG BANTUAN UNTUK MEMOHON

 

 

RUJUKAN PENTING

 

 

SEMAK BANTUAN LAIN YANG BOLEH DIMOHON

 

 

Leave a Comment