BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2025: PERMOHONAN & SEMAK KELAYAKAN
Bantuan MyKasih merupakan sebuah inisiatif kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk membantu meningkatkan ketahanan kewangan rakyat, khususnya mereka yang berpendapatan rendah.
Pada tahun 2025, bantuan ini akan diberikan setiap bulan kepada golongan yang layak dengan jumlah antara RM100 hingga RM50, bergantung kepada kriteria kelayakan penerima.
APA ITU BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN?
Bantuan MyKasih adalah sebuah program bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk meringankan bebanan kos sara hidup, terutama bagi golongan yang berpendapatan rendah.
Program ini bertujuan untuk membantu penerima menampung kos pembelian barangan keperluan asas mereka setiap bulan.
Setiap penerima akan menerima Bantuan MyKasih yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun yang telah dibuka menggunakan nombor kad pengenalan.
Dana yang diterima boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai atau pasaraya yang terdekat dengan cara pembayaran tanpa tunai (cashless) menggunakan kad tersebut.
TEMPOH PEMBERIAN BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2025
Pemberian Bantuan MyKasih RM100 setiap bulan akan diberikan kepada penerima mengikut tempoh yang telah ditetapkan, seperti berikut:
- Penerima berstatus miskin dan miskin tegar: Bantuan ini akan diberikan setiap bulan selama 12 bulan, bermula dari Januari hingga Disember 2025.
- Penerima berstatus bukan miskin: Bantuan ini akan diberikan setiap bulan selama 9 bulan, bermula dari April hingga Disember 2025.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2025
Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk seseorang individu layak menerima Bantuan MyKasih RM100 setiap bulan.
Antara syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia – Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Menetap di Semenanjung Malaysia – Bantuan ini hanya diberikan kepada individu yang tinggal di Semenanjung Malaysia.
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025 – Pemohon perlu lulus dalam Sumbangan Tunai Rahmah 2025, termasuk kategori Isi Rumah dan Warga Emas.
- Berdaftar dengan e-Kasih – Pemohon perlu berdaftar dengan sistem e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar.
PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN
Untuk memohon Bantuan MyKasih RM100 setiap bulan, individu perlu mengikuti beberapa langkah yang telah disediakan.
Berdasarkan maklumat yang disediakan dalam soalan lazim MyKasih, pemohon mestilah terlebih dahulu memohon Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah serta berdaftar sebagai penerima miskin dan miskin tegar di bawah sistem e-Kasih.
Panduan Cara Permohonan Bantuan MyKasih:
- Layari portal rasmi Permohonan di sini.
- Klik butang [Permohonan Baharu].
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan tepat.
- Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi.
- Masukkan Kod Captcha yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Semak maklumat yang dipaparkan dan pastikan ia betul sebelum menandakan [/] untuk pengesahan.
- Klik [Hantar] untuk meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, akan terpapar mesej ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
Panduan Cara Pendaftaran e-Kasih:
- Layari Portal Rasmi e-Kasih di sini.
- Skrol ke bawah dan klik pada [Pendaftaran e-Kasih].
- Baca dengan teliti maklumat yang diberikan mengenai Ketua Isi Rumah.
- Untuk pendaftaran, anda boleh:
- Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran.
- Hubungi PPN melalui talian mengikut negeri pemohon.
- Jika anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh menyemak status pendaftaran di sini.
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN
Untuk mengetahui sama ada anda layak menerima Bantuan MyKasih RM100 setiap bulan, anda boleh membuat semakan kelayakan melalui portal rasmi seperti berikut:
- Layari portal rasmi MyKasih di sini.
- Klik pada butang [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda dengan betul (tanpa tanda -).
- Masukkan Kod Captcha yang dipaparkan.
- Klik butang [Semak Status].
- Status kelayakan anda akan dipaparkan.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan ini, sila hubungi pihak yang berkenaan di bawah:
- Laman Bantuan: https://mykasih.com.my/contact-us/
- Talian Bantuan: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel: info@mykasih.com
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk memudahkan carian pelawat.
Kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi atau mengenakan bayaran bagi maklumat yang dikongsikan ini.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapatkan info terbaru mengenai bantuan yang disediakan. Artikel ini dirujuk berdasarkan Portal Rasmi MyKasih.
My both side of my ankle will be painful,sometimes cannot walk and l just pray to God.I just use the chair to hold it and walk using chair to help to walk part by part .If you are sitting too long more worse ,and stand up and rise for a while baru Jalan.〽️