Bantuan Khairat Kematian untuk Warga Emas – Panduan Mohon disini

Bantuan Khairat Kematian untuk Warga Emas Kelantan : Skim Kifaalah 2024 – Panduan Mohon disini. Program Kifaalah Warga Emas merupakan produk Amal Kematian PERCUMA yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

WARGA EMAS

 

PENGENALAN SKIM KIFAALAH WARGA EMAS

 

Skim Kifaalah Warga Emas merupakan produk Amal Kematian PERCUMA yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Anak Syarikat PMBK Kifaalah Sdn Bhd.

 

Skim ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan terbuka kepada semua lelaki dan wanita Kelantan berumur 60 tahun ke atas. Rakyat negeri lain yang berumur 60 tahun dan bermastautin di Kelantan juga layak menyertai skim ini.

 

KADAR BAYARAN DAN MANFAAT SKIM KIFAALAH WARGA EMAS



Caruman bagi Skim Kifaalah Warga Emas adalah PERCUMA dan antara manfaat yang akan diperoleh oleh pemohon jika layak adalah:

  • Khairat kematian sebanyak RM1500.00 (Bayaran pendahuluan selepas berlakunya kematian ahli sebanyak RM500 dan RM1000 seterusnya)

 

KRITERIA KELAYAKAN SKIM KIFAALAH

 

Antara syarat yang telah ditetapkan untuk yang layak terima bantuan Skim Kifaalah Warga emas adalah seperti berikut:

 

  1. Rakyat dan Pemastautin Kelantan sahaja,
  2. Pengundi/daftar pemilih di Kelantan.
  3. Lelaki dan wanita berumur dari 60 tahun ke atas.

 

 

CARA PERMOHONAN

1. Muat turun borang pendaftaran Skim Kifaalah Warga Emas dari laman portal kifaalah.com.my atau dari penghulu kampung/mukim anda.
2. Sediakan salinan fotokopi kad pengenalan diri dan penama
3. Pastikan isi dengan lengkap borang maklumat diri dan penama di dalam borang Skim Takaful Kifaalah Warga Emas
4. Setelah siap isi borang, serahkan borang yang telah lengkap kepada penghulu kampung/mukim anda.

 

Borang yang perlu dimuat turun dan diisi

 

 

 

WARGA EMAS

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk mengajukan sebarang pertanyaan mengenai Skim Kifaalah dengan lebih lanjut atau untuk menyemak status permohonan boleh hubungi info yang tertera di bawah.

 

KIFAALAH SDN BHD
No. 4703-B Taman Maju, Jalan Long Yunus,
15200 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim

 

Tel : 09-7476336 

Fax : 09-7476226

Email: khidmat@kifaalah.com.my

Aduan Kifaalah online : https://www.kifaalah.com.my/index.php/aduan-kifaalah

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

1 thought on “Bantuan Khairat Kematian untuk Warga Emas – Panduan Mohon disini”

  1. which is a trusted site and offers various types of gacor slot games with a big chance of winning. Have an exciting and exciting gaming experience only at slot gacor. By using the latest alternative link, bosque can enjoy unhindered access to various popular slot games that are currently viral and much sought after by online players.

    Reply

Leave a Comment

×