Bantuan Kewangan IKPP RM250: Ini Caranya Untuk Mohon Sekarang Juga!

Adakah anda berada dalam situasi yang memerlukan bantuan kewangan segera? Bagaimana jika kami beritahu anda bahawa RM250 boleh menjadi milik anda dengan hanya beberapa langkah mudah?

Inilah peluang anda untuk mengetahui cara mudah memohon Bantuan Kewangan IKPP RM250 – jangan biarkan kesempatan ini terlepas begitu saja!

Bantuan Kewangan IKPP RM250

Bantuan Kewangan IKPP RM250: Ini Caranya Untuk Mohon Sekarang Juga!

 

IKPP : BANTUAN KEWANGAN RM250 ONE-OFF

Program IKPP atau Program Insentif Khas Pasangan Berkahwin merupakan bantuan tunai yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Pahang. Pelbagai jenis bantuan disediakan kepada mereka yang memerlukan.

Inisiatif khas ini merupakan sumbangan kepada pasangan pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan tahun ini. Sesiapa yang memenuhi kriteria yang ditetapkan layak mengemukakan permohonan untuk anugerah khas ini.

Yuran bantuan IKPP juga dinaikkan kepada RM250 daripada bayaran sekali sahaja RM200 sebelum ini. Dengan insentif tambahan ini, kerajaan yakin ia akan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

 

SYARAT KELAYAKAN

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi program bantuan IKPP ini yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia.
  • Pendapatan bakal pengantin lelaki tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • Rakyat negeri Pahang.
  • Salah satu pasangan pengantin anak kelahiran negeri Pahang.
  • Pernikahan wajib didaftarkan di negeri Pahang.
  • Bermastautin di Pahang melebihi 10 tahun.
  • Kategori duda atau janda, salah satu pasangan adalah anak negeri Pahang.

 

Pemohon tidak layak sekiranya :

  • Berpoligami.
  • Nikah tanpa surat kebenaran.
  • Nikah semula bagi pasangan sama selepas tamat tempoh iddah.
  • Pendapatan melebihi RM5,000 sebulan.
  • Kedua-dua pasangan bukan berasal dari Pahang.

 

PERMOHONAN 

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan secara percuma ini. Panduan lengkap cara mohon dan borang permohonan boleh dimuat turun, sila layari laman portal rasmi IKPP – e-Munakahat

Dokumen penting yang perlu disediakan :

  • Dua (2) salinan kad pengenalan pemohon (Depan dan belakang)
  • Dua (2) salinan penyata akaun bank pemohon
  • Satu (1) salinan catatan akad nikah pemohon.

 

Ini disertakan lampiran Borang Insentif Khas Pasangan Pengantin

 

Maklumat Lanjut

Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam Pahang,
Jabatan Agama Islam Pahang,
No. Tel: 09-42711111

 

SEMAK BANTUAN LAIN:

Leave a Comment