Bantuan Bujang RM100 Dikreditkan Terus Ke Penerima Bujang Yang Layak

Bantuan Bujang RM100 Dikreditkan Terus Ke Penerima Bujang Yang Layak. Pembayaran bagi fasa 1,2 dan 3 telah selesai dikreditkan pada Januari, April dan Ogos.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan sebuah bantuan kerajaan yang diberikan dalam 4 kali pembayaran bagi tempoh setahun.

Sumbangan Tunai Rahmah Bujang RM100

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kembali diteruskan bagi tahun kedua dengan penambahan bantuan asas berjumlah RM600 yang dikenali sebagai SARA.

Bantuan STR yang bermula pada fasa 1 hingga 4 ini akan memfokuskan setiap isi rumah, bujang atau individu yang tiada pasangan yang berada dalam kategori miskin tegar, B40 dan M40.

STR Fasa 3

Setelah pembayaran STR Fasa 2 bermula 3 April lepas. Sebahagian wang bantuan tersebut sudah tentu digunakan sebagai persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Pembayaran seterusnya adalah Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 yang dijangkakan dikreditkan dalam 2-4 bulan ke depan.

Bantuan Bujang RM100 STR

Baki bayaran untuk golongan bujang adalah RM100. Oleh hal demikian, semua jumlah tersebut akan dibayar pada fasa empat lalu.

Tarikh Bayaran Dikreditkan

Hanya berbaki bayaran STR Fasa 3 dan 4 sahaja lagi. STR Fasa 1, 2 dan 3 masing-masing telah dibayar pada Januari, April dan Ogos lalu.

Dijangkakan bayaran STR Fasa 4 akan dikreditkan pada bulan diantara bulan Oktober hingga Disember.

Kaedah Bayaran

Sama seperti STR sebelum ini, terdapat 2 cara bayaran iaitu

  • Bayaran bantuan akan terus dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan
  • Sekiranya tidak mempunyai akaun bank atau terdapat masalah dengan akaun bank, pembayaran akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

Semakan Status Kelayakan

Semakan status boleh terus dibuat melalui portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Selain itu, anda turut boleh hadir ke Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN jika terdapat perubahan maklumat.

10 thoughts on “Bantuan Bujang RM100 Dikreditkan Terus Ke Penerima Bujang Yang Layak”

  1. Selamat sejahtera. Di sini Bolehkah tolong SEMAK Mengapa sekian lama bantuan STR tak dapat-dapat. Juga tak dpt apa-apa bantuanpun dari kerajaan. Saya dah janda selamat 20 tahun, tinggal bersama anak baru berumur 18.TQ

    Reply

Leave a Comment

×