RASMI : Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) akan diteruskan dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM800 juta
Inisiatif BAP dikatakan mampu memberi manfaat kepada 5.2 juta orang murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dengan mengurangkan beban ibu bapa dalam persiapan sesi persekolahan baharu pada tahun hadapan.
Pada perkongsian kali ini, kami akan bawakan kepada anda mengenai Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP)
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) telah lama diperkenalkan sejak tahun 2012 yang bertujuan untuk membantu mereka yang berada didalam kelompok sasar bagi tujuan perbelanjaan persekolahan anak-anak terutamanya pada awal tahun.
Dalam pembentangan bajet yang lalu, Kerajaan telah mengumumkan peruntukan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan dan usul ini diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan pimpinan PM Anwar Ibrahim.
Bagi tahun 2025 pula, BAP 2025 diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
Jumlah Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Murid yang layak akan menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).
Syarat Layak Bantuan
Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
- Murid warganegara Malaysia :
- Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi Sesi Persekolahan 2025/2026; dan
- Murid bersekolah di :
- Sekolah Kerajaan (SK)
- Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)
- Sekolah Agama
- Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan
- Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
- Sekolah Integriti
- Sekolah Henry Gurney
Kaedah Penyaluran Bayaran
- Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK
- Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan dibuat sama ada secara:
- Tunai; atau
- Disalurkan terus ke akaun bank murid
Tarikh Penyaluran BAP 2025
Maklumat berkenaan dengan tarikh penyaluran BAP 2025 akan dimaklumkan kelak.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan BAP 2025, anda boleh rujuk pada pautan berikut:
- Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia : https://www.moe.gov.my/
- Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia : https://www.facebook.com/KemPendidikan
- Instagram Kementerian Pendidikan Malaysia : https://www.instagram.com/kempendidikan
Rujuk juga : Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan di laman sesawang rasmi KPM.
Borang BAP
BORANG PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN (BORANG PB1)
BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN (BORANG PB2)