Panduan Mohon Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR).
Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandar yang menyediakan bantuan bina baharu atau pembaikan rumah kepada golongan miskin dan miskin tegar untuk memiliki kediaman yang selamat dan selesa dan seterusnya memastikan kumpulan sasar ini dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik.
Program ini menjadi salah satu fokus dan program touch point Kerajaan bagi membantu keluarga miskin dan miskin tegar luar bandar memiliki rumah kediaman yang selamat dan selesa.
Bantuan Perumahan Rakyat Sejahtera
Kawasan liputan bantuan PPRS adalah di kawasan luar bandar.
Skop PPRS terbahagi kepada 2 kategori, iaitu:
- Bina Baharu
Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki. - Baik Pulih
Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah sahaja. (Contoh : Bumbung, atap, tangga, tandas, bilik air, pintu, dinding,lantai, tingkap, pendaiwaian elektrik, perpaipan dan lain-lain)Penyiapan rumah dalam pembinaan TIDAK termasuk dalam skop baik pulih.
Artikel Berkaitan: SEMAKAN BANTUAN RM1200 DALAM IC 2025: SEMAK STATUS ANDA SEKARANG
Syarat Layak Bantuan
Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.
(Pendapatan Isi Rumah Miskin tegar : RM1,169 dan Miskin RM2,208)
Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRS yang LAYAK adalah seperti berikut:
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Berdaftar dalam sistem e-Kasih (miskin/miskin tegar); atau
- diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
- Perakuan Agensi KKDW (KEMAS/JAKOA/KESEDAR/KEDA/KETENGAH/KEJORA/PERDA/MARA/RISDA) atau Agensi-Agensi Kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
- diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian
- Tanah persendirian/tanah milik orang lain atau Kerajaan (Kebenaran guna tanah) dan berada di Kawasan luar bandar.
Syarat bantuan Bina Baharu diberikan kepada peserta yang:
- tidak mempunyai rumah;
- rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami;
- tidak ekonomik untuk dibaiki;
- memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau
- pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.
Syarat bantuan Baik Pulih:
- Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.
- Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah.
Selain memenuhi kriteria-kriteria kelayakan di atas, keutamaan bantuan diberikan kepada:
- warga emas;
- orang kurang upaya (OKU);
- ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai;
- mangsa bencana yang berskala kecil; dan
- Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi.
Kadar Bantuan Perumahan Rakyat Sejahtera
Kadar Bantuan Bagi Skop Bina Baharu
KAWASAN | JENIS RUMAH | KADAR SILING RUMAH* (RM) |
Semenanjung Malaysia | 3 Bilik (680 kps)
| 79,000 |
Sabah/ Sarawak/ W.P. Labuan | 85,000 |
Kadar Bantuan Bagi Skop Baik Pulih
KAWASAN | KADAR SILING BANTUAN* (RM) |
Semenanjung Malaysia | 20,000 |
Sabah/ Sarawak/ W.P. Labuan | 20,000 |
Borang Berkaitan
Permohonan Perumahan Rakyat Sejahtera
Permohonan PPRS secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap. Sila sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan. Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.
Sila klik di sini untuk memohon.
Bwer Company is a top supplier of weighbridge truck scales in Iraq, providing a complete range of solutions for accurate vehicle load measurement. Their services cover every aspect of truck scales, from truck scale installation and maintenance to calibration and repair. Bwer Company offers commercial truck scales, industrial truck scales, and axle weighbridge systems, tailored to meet the demands of heavy-duty applications. Bwer Company’s electronic truck scales and digital truck scales incorporate advanced technology, ensuring precise and reliable measurements. Their heavy-duty truck scales are engineered for rugged environments, making them suitable for industries such as logistics, agriculture, and construction. Whether you’re looking for truck scales for sale, rental, or lease, Bwer Company provides flexible options to match your needs, including truck scale parts, accessories, and software for enhanced performance. As trusted truck scale manufacturers, Bwer Company offers certified truck scale calibration services, ensuring compliance with industry standards. Their services include truck scale inspection, certification, and repair services, supporting the long-term reliability of your truck scale systems. With a team of experts, Bwer Company ensures seamless truck scale installation and maintenance, keeping your operations running smoothly. For more information on truck scale prices, installation costs, or to learn about their range of weighbridge truck scales and other products, visit Bwer Company’s website at bwerpipes.com.