STR 2025 : Semakan Status & Permohonan Baru Sumbangan Tunai Rahmah

STR 2025 : Semakan Status & Permohonan Baru Sumbangan Tunai Rahmah. Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan bantuan persekolahan yang diberikan oleh kerajaan merupakan salah satu inisiatif untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Belanjawan 2024 telah membuktikan keberkesanan insentif kerajaan tersebut dengan membantu meringankan beban kos sara hidup beliau tanpa terlalu terbeban dengan kenaikan harga barang.

Untuk artikel kali ini, kami akan berkongsi kepada anda maklumat terperinci berkenaan dengan STR 2025 bersempena dengan Belanjawan 2025.

Pengenalan Sumbangan Tunai Rahmah – STR 2025

Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) adalah satu bentuk bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai sebahagian dariapda inisiatif Bantuan Rahmah, bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan, terutamanya keluarga berpendapat rendah (B40) dan sederhana rendah (M40), dalamm mengurangkan kos sara hidup.

STR adalah kesinambungan daripada program bantuan tunai sebelumnya seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Baca Juga : STR Fasa 4 Dikreditkan Dalam Masa Terdekat! Semak Kategori Anda

Tujuan utamanya adalah untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang terrkesan akibat inflasi, pandemik, dan cabaran ekonomi semasa.

Untuk tahun 2025 kerajaan akan memberi peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu kepada RM13 bilion ketimbang RM10 bilion. Peningkatan ini terus memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.

Semakan Status STR 2025

Semakan status STR 2025 boleh dibuat melalui pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Anda boleh rujuk panduan semakan STR 2025 seperti berikut:

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    1. Nama pemohon
    2. No Mykad pemohon
    3. Status permohonan
    4. Maklumat pembayaran (jika layak)
  5. Klik menu Semakan Pembayaran
  6. Masukkan kata laluan
  7. Untuk mengetahui sama ada wang anda telah dikreditkan, sila klik di butang MAKLUMAT BAYARAN.

Permohonan Baru STR 2025

Anda boleh membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025 melalui dua kaedah iaitu:

  • Secara dalam talian di Portal STR 2025 https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Secara pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan. Anda boleh rujuk Jadual Perkhidmatan Kaunter BKK HASIL.

1 thought on “STR 2025 : Semakan Status & Permohonan Baru Sumbangan Tunai Rahmah”

  1. Para maximizar los beneficios en las apuestas, recomiendo aprovechar el ir al sitio y utilizar los códigos promocionales de Melbet disponibles para jugadores en Chile. Estos códigos brindan bonos adicionales, lo que hace que cada apuesta tenga más valor. Desde que los uso, mis ganancias han aumentado, y considero que es una excelente ventaja para quienes están en Chile y desean apostar.

    Reply

Leave a Comment

×