Cara Mohon Bantuan Musim Tengkujuh RM800 September 2024
Tahukah anda? Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RM800 Sedang Dibuka Sehingga 30 September 2024. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Bantuan Musim Tengkujuh kembali dibuka untuk permohonan.
Ini bermakna, proses pembayaran untuk BMT 2024 akan bermula tidak lama lagi.
Bantuan Musim Tengkujuh RM800
Bagi tahun 2024, jumlah bantuan berkenaan telah dinaikkan oleh pihak kerajaan.
Pihak kerajaan melalui agensi RISDA sentiasa mengambil berat dalam memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan agar tiada pekebun mengalami keciciran daripada bantuan tersebut.
Baca Juga : Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB) : Gaji RM3,200 – RM5,600
Kadar Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2024
Bermula tahun lepas, Kerajaan Madani telah menaikkan kadar bantuan kepada RM800 berbanding tahun-tahun sebelum iaitu RM600 sahaja.
Penambahan jumlah bantuan ini untuk membantu para pekebun yang terkesan akibat musim tengkujuh yang melanda negara.
Bayaran adalah RM200 setiap bulan bermula November hingga Februari depan.
Tarikh Permohonan BMT RM800
Permohonan bagi pembayaran bantuan bulan November, Disember 2024, Januari dan Februari 2025 telah dibuka bermula 1 Jun 2024 sehingga 30 September 2024 ini.
Permohonan baharu boleh dibuat melalui pautan di bawah
https://pekebunkecil.risda.gov.my/utama
Permohonan secara manual turut dibenarkan. Hanya perlu hadir ke mana-mana pejabat RISDA berdekatan.
Syarat Kelayakan
Untuk makluman, BMT ini diberikan kepada peneroka getah di bawah seliaan RISDA.
1) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana agensi
- Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
- Geran asal tanah dan salinan
- Salinan buka akaun bank yang aktif
Baca Juga : Bantuan Pelajar IPT 2024 – Cara Permohonan & Syarat Kelayakan
2) Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut
- Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
- Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
- Salinan geran lot yang ditoreh
- Salinan buku akaun bank yang aktif
- Salinan KaD PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
- Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut, anda boleh terus rujukan laman web rasmi RISDA melalui portal kerajaan di atas.
hi,
Hi madam mcm cara nk buat pendaftaran ni