Bantuan Pelajar IPT 2024 – Cara Permohonan & Syarat Kelayakan

Bantuan Pelajar IPT – Cara Permohonan & Syarat Kelayakan

Tahukah anda, terdapat bantuan khas bagi pelajar yang menerima tawaran memasuki Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi tahun 2024.

Bantuan ini diperkenalkan dalam usaha membiayai perbelanjaan sepanjang pendaftaran dan pengajian di IPTA seluruh negara. Permohonan bagi Bantuan Pelajar IPT ini masih dibuka bagi bulan September 2024.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut cara permohonan dan syarat kelayakan.

Pengenalan Bantuan Pelajar IPT

Berita baik buat pelajar yang menerima tawaran ke Universiti, pihak Koperasi Tentera telah mengumumkan sebuah program bantuan bagi membantu anak-anak anggota yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS.

Bantuan ini adalah merupakan salah satu inisiatif dalam meringankan beban ibubapa dan memastikan semua yang berkelayakan mendapat bantuan sewajarnya.

Berikut kami kongsikan info lebih lanjut mengenainya.

Bantuan Pelajar IPT

Baca Juga : Permohonan Rayuan STR Fasa 3 Kini Dibuka – Mohon Sekarang

Sumbangan Bantuan Pelajar IPT (SPBT)

Sumbangan Bantuan Pengajian Tinggi (SBPT) adalah sumbangan untuk anak-anak anggota yang melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS pada peringkat asasi/matrikulasi/diploma/ijazah (Pengajian Sepenuh Masa).

Bantuan ini berfokus untuk membantu meringankan beban perbelanjaan ketika pendaftaran kemasukan ke Universiti dan juga sebagai galakan dan motivasi dalam meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.

Universiti yang dimaksudkan merangkumi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta kursus-kursus yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) sahaja seperti yang tersenarai di pautan https://www2.mqa.gov.my/mqr/ di bawah Kementerian Pengajian Tinggi tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

Syarat Kelayakan Bantuan Pelajar IPT

Sebelum membuat permohonan, pastikan anda membaca syarat-syarat kelayakan berikut untuk mengelakkan permohonan anda ditolak:

  1. Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.
  2. Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
  3. Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan (Status AKTIF).
  4. Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.
  5. MINIMUM Kepujian/Kompeten bagi 3 matapelajaran termasuk Bahasa Melayu.
  6. Anak anggota yang menduduki peperiksaan SPM atau yang setaraf (Sijil Vokasional) tahun 2023.
  7. Anak anggota yang menduduki peperiksaan SPM atau yang setaraf (Sijil Vokasional) tahun 2022, layak memohon sekiranya belum pernah membuat permohonan SBPT 2023.
  8. Hanya layak untuk sekali permohonan SBPT bagi kemasukan ke IPTA/IPTS.

Baca Juga : Jawatan Kosong Majlis Amanah Rakyat (MARA) : Gaji RM1,216 – RM2,983

Cara Permohonan Bantuan Pelajar IPT

Untuk memohon, calon boleh mendapatkan borang di kaunter-kaunter Ibu Pejabat dan Cawangan KT yang berhampiran.

Atau, muat turun menerusi laman web KT atau di link ini https://www.katmb.com.my/…/2024/08/BORANG-SBPT-2024.pdf

Dokumen Sokongan (Perlu Disahkan)

PEMOHON (ANGGOTA KT)

  • Salinan MyTentera (Anggota ATM)
  • Salinan MyKad (Awam/Pesara)

ANAK (PELAJAR SEKOLAH MENENGAH)

  • Salinan MyKad pelajar
  • Salinan slip keputusan peperiksaan SPM 2022 atau 2023 /SVM (Sijil Vokasional 2022 atau 2023)
  • Surat tawaran kemasukan ke Pusat Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS)
  • Resit bayaran/transaksi online (Yuran pendaftaran)
  • Surat pengesahan akaun dari bank/penyata bank online
  • Dokumen tambahan seperti PERBAH II/surat perakuan atau lain-lain dokumen yang berkaitan bagi mengesahkan status anak angkat/anak tiri

NOTA: Sila tanda (x) pada petak yang disediakan (di dalam borang) bagi memastikan dokumen sokongan yang disertakan telah lengkap. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Penghantaran Dokumen

Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui Cawangan KT yang berhampiran atau terus ke ibu pejabat KT yang beralamat di:

Alamat :

Koperasi Tentera Wisma Koperasi Tentera No.1,

Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat

53000 Kuala Lumpur

(Untuk Perhatian: Seksyen Kebajikan)

Tarikh Tutup Permohonan

Tawaran Sumbangan Bantuan Pengajian Tinggi 2024 (SBPT 2024) akan dibuka seperti berikut:

  • Tarikh buka: 13 Ogos 2024 (Selasa)
  • Tarikh tutup: 17 September 2024 (Selasa)

Peringatan Penting!

  • Pastikan borang yang diisi adalah borang yang terkini (SBPT 2024).
  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sms atau surat.
  • Sekiranya bayaran melalui cek “pihak KT berhak menggunakan cek yang tidak ditunaikan bagi apa-apa kegunaan menurut polisi KT dari masa ke semasa”.
  • Borang yang difotostat/emel boleh diterima.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-2303 0000 atau kunjungi cawangan KT berhampiran.

Leave a Comment

×