Proses pengkreditan bantuan STR isi rumah RM540 kini telah mula dilaksanakan.
Kerajaan mengumumkan proses bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa-3 bermula 29 Ogos 2024, menoktahkan penantian lebih 8 juta rakyat Malaysia yang layak.
Melalui STR 2024, sejumlah RM10 bilion diperuntukkan kerajaan dalam usaha menyediakan bantuan tunai kepada golongan yang memerlukan meliputi isi rumah, warga emas dan bujang.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut pengkreditan bantuan RM650 bagi golongan isi rumah yang layak.
Tarikh Bayaran STR Isi Rumah
Jadual Bayaran STR Fasa 3 telah dimuktamadkan untuk dilaksanakan bermula Khamis, 29 Ogos 2024.
8.5 JUTA RAKYAT AKAN MENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) SEHINGGA RM650 MULAI 29 OGOS 2024
Kerajaan akan menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 seperti yang dijadualkan mulai 29 Ogos 2024 (Khamis) kepada lebih 8 juta penerima sedia ada, manakala bagi penerima baharu dan rayuan pula akan menerima bayaran mulai 18 September 2024 (Rabu).
Bantuan STR Isi Rumah RM650
Pemohon yang layak akan menerima bantuan tunai sehingga RM650 mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Melalui Belanjawan 2024, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa peruntukan STR telah ditingkatkan sebanyak RM2 bilion atau 25% daripada RM8 bilion pada tahun 2023 kepada RM10 bilion yang memanfaatkan penerima yang meliputi hampir 60% penduduk dewasa Malaysia.
“Penambahan peruntukan bagi STR 2024 mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk membantu meringankan cabaran kos sara hidup rakyat, terutamanya bagi keluarga di bawah kategori B40 dan M40 terendah,” kata beliau.
Berikut dikongsikan maklumat lengkap jadual bayaran STR Fasa 3 mengikut kategori:
Penambahbaikan Kadar STR Tahun 2024
“Penambahbaikan STR 2024 adalah sejajar dengan pendekatan Kerajaan MADANI untuk menumpukan sumber kewangan negara kepada rakyat yang memerlukan bantuan. Insya- Allah, dengan lebih penambahbaikan kepada pengurusan kewangan dan tatakelola, Kerajaan akan mampu untuk memberi lebih bantuan pada masa kelak kepada golongan terbanyak serta rentan agar tiada rakyat yang tercicir,” tambah beliau.
Mulai 2024, Kerajaan telah mengambil pendekatan baharu untuk membuka pendaftaran STR 2024 sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan Kerajaan.
Oleh itu, bilangan penerima yang layak dijangka terus meningkat pada tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini yang dijalankan sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.
Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.
Penerima sedia ada dan penerima baharu/rayuan yang berdaftar di dalam pangkalan data STR akan menerima pembayaran STR Fasa 3 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat2.
Jadual Bayaran STR Mengikut Akaun Bank
Berikut dikongsikan jadual penyaluran bayaran STR Fasa 3
Maklumat Lanjut
Status kelayakan STR dibuka untuk semakan mulai 29 Ogos 2024 dan soalan lazim (FAQ) boleh didapati di Portal Rasmi STR, melalui pautan bantuantunai.hasil.gov.my.
How can get my money back
Saya penerima bantuan str B40, ingin bertanya. kenapa saya cek bantuan sara saya masih dlm proses, sedangkan saya penerima str B40, saya bukannya ada kerja, cuma suami saya yg berkerja buruh kasar saja,.. ibaratkan kais pagi makan pagi,kais petang mkn petang.. tak berpendapatan tetap,.. saya mohon kerjasama tuan puan, mempertimbangkan bantuan tambah rahman saya ini diberi seadilnya..