Bantuan Pinjaman sehingga RM150,000 untuk Usahawan Wanita – Semak Kelayakan disini

Bantuan Pinjaman sehingga RM 150,000 untuk Usahawan Wanita – Semak Kelayakan disini. Ini adalah sebuah inisiatif kerajaan untuk memperkasakan usahawan wanita disamping menjana lebih pendapatan isi rumah. Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

 

Usahawan

PENGENALAN DANANITA MARA 2024

 

DanaNITA merupakan pinjaman di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk usahawan wanita Bumiputera dengan tujuan mempergiat penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan dan memperkasakan usahawan wanita sedia ada selain menambah pendapatan isi rumah. Skim pembiayaan ini adalah galakan untuk mengembangkan perniagaan.

 

Berikut adalah skop pinjaman DanaNITA yang ditetapkan oleh Kerajaan melalui Belanjawan 2024:

 

PerkaraPenerangan
Skop Pinjaman
  • Modal Pusingan
  • Pembelian Mesin dan Peralatan
Had Pinjaman
  • RM150,000
Tempoh Pinjaman
  • 1-10 tahun (12-120 bulan)
Jaminan/Cagaran
  • Dikecualikan bagi pembiayaan RM50,000 ke bawah
  • Pinjaman RM50,001 hingga RM150,000:

               a. Jaminan:Seorang penjamin atau lebih yang    

                   berpendapatan tetap bulanan tidak kurang 3% 

                   daripada jumlah yang dipohon; 

                   atau

              b. Cagaran:Cagaran tanah dengan Nilai Paksa 

                  (Forced Sale Value) sekurang- kurangnya 

                 10% daripada jumlah yang dipohon; 

                atau

          c. Gabungan kedua-duanya sekali; 

               atau

           d. Simpanan Tetap: Simpanan Tetap berkonsep Islam 

               (General Investment Account) yang berdasarkan 

               10% dari nilai pembiayaan

Kadar Keuntungan3.5% (Kadar Berkurangan)

 

KRITERIA KELAYAKAN DANANITA MARA 2024

 

Berikut merupakan syarat atau kriteria yang telah ditetapkan untuk layak mendapatkan pinjaman DanaNITA, antaranya:

 

  • Warganegara berstatus Bumiputera berumur 18-60 tahun;
  • Berpengalaman/berpengetahuan dalam bidang perniagaan;
  • Mempunyai daftar perniagaan (SSM) yang sah
  • Mempunyai premis perniagaan (kecuali perniagaan dalam talian)
  • Mempunyai Lesen/Permit/Surat Kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa
  • Perniagaan telah beroperasi tidak kurang daripada enam (6) bulan
  • Mempunyai akaun simpanan yang aktif untuk enam (6) bulan terakhir
  • Perniagaan Patuh Syariah
  • Bebas daripada Senarai Hitam MARA

 

MARA juga menetapkan kelonggaran syarat kepada pemohon supaya memudahkan mereka untuk membuat permohonan, antaranya:

 

  • Majoriti pegangan saham/syer adalah 51% wanita
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sahaja/Mempunyai Lesen Perniagaan yang berkaitan untuk Sabah dan Sarawak untuk pembiayaan RM50,000.00 dan ke bawah
  • Pengecualian Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk pembiayaan RM50,000.00 dan ke bawah
  • Sebut Harga Pengecualian untuk Pengubahsuaian/Pembelian Mesin & Peralatan bagi pembiayaan RM50,000.00 dan ke bawah
  • Penyata Akaun Bank untuk tempoh tiga (3) bulan (Penyata dalam talian diterima)
  • Tempoh Pernafasan untuk pembayaran balik sehingga 12 bulan

 

CARA UNTUK MEMOHON DANANITA MARA 2024

 

Mohon secara online di Portal MyUsahawan atau mohon terus ke Pejabat MARA Daerah berhampiran.

 

Untuk mendapatkan tatacara permohonan yang lebih lengkap boleh klik disini: FAQ Pembiayaan Perniagaan Mara 

 

Usahawan

MAKLUMAT LANJUT

 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh email ke infobpn@mara.gov.my atau hubungi Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN) MARA atau Pejabat MARA Daerah (PMD) atau Pejabat MARA Negeri (PMN).

 

Telefon: +603-2613-2000

 

BANTUAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON

 

Leave a Comment

×