PeKa B40 : Bantuan Kesihatan untuk B40 – Semak kelayakan disini

PeKa B40 : Bantuan Kesihatan untuk B40 – Semak cara mohon disini. Skim ini bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi tumpuan kepada penyakit tidak berjangkit (NCD). Ketahui lebih lanjut mengenai bantuan semasa melalui laman web Bantuan Kerajaan.

BANTUAN

PENGENALAN PeKa B40 BANTUAN KESIHATAN 

 

PeKa B40 atau Skim Peduli Kesihatan untuk golongan B40 merupakan inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan untuk memenuhi keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah dengan memfokuskan kepada penyakit tidak berjangkit (NCD).

 

Sukacita dimaklumkan ProtectHealth Corporation Sdn Bhd mengenai kemas kini data kelayakan penerima Skim Penjagaan Kesihatan bagi kumpulan B40 atau PeKa B40 bagi tahun 2024 berdasarkan data Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi tahun 2022 daripada Hasil Dalam Negeri Lembaga (LHDN).

 

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan mereka yang berumur 40 tahun ke atas secara automatik layak menerima PeKa B40. Tiada pendaftaran khas diperlukan untuk menyertai PeKa B40.

 

KRITERIA KELAYAKAN PeKa B40 BANTUAN KESIHATAN

 

Berikut adalah kriteria asas kelayakan bagi yang ingin mendapatkan bantuan kesihatan  PeKa B40:

 

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan pasangan yang berdaftar.
  • Berumur 40 tahun dan ke atas.

 

JENIS MANFAAT PeKa B40

 

Terdapat 4 manfaat yang boleh disediakan untuk penerima bantuan, antaranya:

 

  • Saringan Kesihatan Percuma (Manfaat 1)* : 

    Saringan kesihatan merangkumi:

  1. Pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan
  2. Saringan kesihatan mental
  3. Pemeriksaan fizikal
  4. Pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko
  5. Ujian darah dan ujian air kencing

 

  • Bantuan Alat Perubatan (Manfaat 2) :

    Manfaat 2 ini termasuk alat-alat perubatan di dalam kategori berikut:
  1. Stent untuk jantung
  2. Alat sendi tiruan
  3. Alat bantuan pendengaran
  4. Perentak jantung
  5. Prostesis dan implan untuk tulang belakang
  6. Prostesis dan ortosis tulang anggota
  7. Kanta mata intraokular
  8. Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
  9. Bantuan sokongan nutrisi
  10. Kerusi roda

 

  • Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Manfaat 3) : 

    Manfaat ini bertujuan untuk menggalakkan pesakit kanser terutama mereka yang di peringkat awal rawatan dan peringkat awal penyakit untuk melengkapkan pelan rawatan mereka seperti yang dirancang oleh pakar kanser KKM. Insentif sebanyak RM1,000 akan dibayar kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di Hospital KKM.

 

  • Insentif Tambang Pengangkutan (Manfaat 4) :

    Manfaat ini bertujuan untuk meringankan beban membayar kos pengangkutan apabila penerima menerima rawatan di hospital KKM. Ia tidak bertujuan untuk menampung keseluruhan kos perjalanan. 

*Nota Penting : Penerima perlu menjalani Saringan Kesihatan (Manfaat 1) untuk layak mendapatkan manfaat Bantuan Alat Perubatan (Manfaat 2), Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Manfaat 3), dan Insentif Tambang Pengangkutan (Manfaat 4).

 

CARA SEMAK KELAYAKAN PeKa B40

 

Langkah untuk semak sama ada anda andalah penerima yang layak untuk mendapatkan Manfaat PeKa B40 adalah seperti berikut:

 

  • Semak kelayakan anda melalui laman web https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan.
  • Jika layak, kunjungi Klinik PeKa B40 terdekat yang dikenal pasti dengan logo PeKa B40 dengan membawa MyKad.
  • Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan pada lawatan pertama.
  • Lawatan kedua dilakukan untuk mengetahui keputusan dan tindakan selanjutnya.

 

Untuk mendapatkan manfaat bantuan kesihatan ini, tiada pendaftaran diperlukan. Anda cuma perlu semak kelayakan sahaja.

 

SEMAK SENARAI KLINIK PANEL PeKa B40

 

Semak klinik PeKa B40 yang berdekatan dengan anda di pautan berikut: https://bms.pekab40.com.my/provider

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk mendapatkan kepastian dan maklumat yang lebih terperinci, anda boleh menghubungi secara langsung pihak ProtectHealth seperti yang tertera di bawah ini:

 

ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd.

F01 & F02, Level 1, Block 2300,

Century Square, Jalan Usahawan,

63000 Cyberjaya,

Selangor Darul Ehsan​

 

Telefon : +603-8687 2525

8:30am – 5:30pm (Isnin – Jumaat)

 

Emel : info@protecthealth.com.my

 

Leave a Comment

×